Pendakwah selebriti direman lagi lima hari bantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi proses reman untuk membantu siasatan berhubung kes rogol.
Pendakwah selebriti dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi proses reman untuk membantu siasatan berhubung kes rogol.
A
A
A

PETALING JAYA - Pendakwah selebriti direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis berkaitan kes rogol di daerah ini.

Penolong Pendaftar Majistret Petaling Jaya, Siti Mazrah Mohamad membenarkan tempoh reman bermula hari ini sehingga Jumaat ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek berusia 25 tahun itu.

Terdahulu, suspek berbaju lokap warna ungu dan tangan bergari dibawa menaiki kereta polis tiba di mahkamah pada jam 10.30 pagi untuk proses reman.

Suspek kemudian dibawa keluar dari mahkamah pada jam 12.55 tengah hari selepas selesai mendapatkan perintah reman.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua laporan kes seksual, pendakwah selebriti ditahan lagi

Polis jangka lebih ramai mangsa pendakwah selebriti tampil

Pendakwah selebriti akan ditahan semula: Polis

Dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, sebelum ini memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada seorang guru wanita mendakwa menjadi mangsa rogol suspek berkenaan.

Dalam kejadian 22 Oktober lalu itu, mangsa berusia 22 tahun yang juga seorang guru di sebuah sekolah di Lembah Klang diajak keluar makan malam oleh suspek untuk menyambut hari lahirnya di sebuah restoran di Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam.

Pada 27 November lalu, Sinar Harian melaporkan suspek yang juga bekas peserta program realiti pendakwah direman lima sehingga 1 Disember susulan dakwaan kes rogol tahun lalu di Shah Alam.

Dalam kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat sebelum ini memaklumkan polis Selangor menerima enam laporan berkaitan salah laku seks disyaki dilakukan seorang pendakwah selebriti.

Fadzil berkata, lima laporan diterima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan seorang wanita berusia lingkungan 20-an itu telah keluar dengan suspek yang baharu dikenali di laman sosial Instagram dengan menaiki kereta suspek jenis BMW untuk berbincang mengenai masalah kemurungannya pada 11 September tahun lalu.

Suspek telah membawa mangsa makan di kedai makan di Shah Alam sebelum dibawa ke rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam dan semasa di rumah itu, mangsa dikatakan telah dirogol.