7,596 graduan bakal mendapat manfaat Penjana

Mansor ketika menjawab pertanyaan Datuk Fasiah Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) mengenai jumlah graduan yang menyertai Penjana KPT-CAP serta bilangan syarikat yang menyokong inisiatif berkenaan.
Mansor ketika menjawab pertanyaan Datuk Fasiah Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) mengenai jumlah graduan yang menyertai Penjana KPT-CAP serta bilangan syarikat yang menyokong inisiatif berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meluluskan 87 program melibatkan Program Peningkatan Kerjaya (KPT-CAP) dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman berkata, program itu membabitkan kerjasama dengan 154 syarikat penyedia latihan atau syarikat yang mengeluarkan surat jaminan komitmen sebagai jaminan penempatan pekerjaan kepada graduan selepas latihan.

Menurutnya, berdasarkan bilangan program yang diluluskan itu, seramai 7,596 graduan akan mendapat manfaat membabitkan pecahan kluster iaitu penempatan dan latihan, keusahawanan serta ekonomi gig.

“Bagi kluster penempatan dan latihan, seramai 6,296 graduan dijangka mendapat penempatan pekerjaan sebagai sahaja berjaya menamatkan latihan.

“Kluster keusahawanan pula, seramai 1,010 graduan yang berjaya menamatkan latihan akan ditawarkan pembiayaan perniagaan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Fasiah Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) mengenai jumlah graduan yang menyertai Penjana KPT-CAP serta bilangan syarikat yang menyokong inisiatif berkenaan.

Dalam pada itu, untuk kluster ekonomi gig, katanya, seramai 290 orang peserta akan dibimbing untuk menjana pendapatan sendiri secara ‘free-lancing’ sebaik sahaja menamatkan latihan.

Artikel Berkaitan: