Anak bekas mufti Kedah mohon maaf kepada Najib

A
A

Anak bekas mufti Kedah mohon maaf kepada Najib

Pendakwah bebas, Ahmad Husam Baderudin membidas pihak yang mempertikai tindakannya mencium tangan Najib Razak pada pertemuan dengan bekas perdana menteri itu semalam.

Anak bekas Mufti Kedah itu berkata, beliau mencium tangan Najib sebagai tanda hormat kepada bekas presiden Umno yang peringkat usianya hampir menyamai bapanya.

Semalam Ahmad Husam mengadakan pertemuan dengan Najib bagi memohon maaf kerana mendakwa mempercayai fitnah yang dilemparkan terhadap bekas perdana menteri itu ketika pertemuan yang disiarkan secara langsung di Facebooknya.

Manakala Najib pula menyatakan kesediaannya memaafkan semua yang memfitnahnya sehingga menyebabkan BN tewas pada Pilihan Rayan Umum (PRU) Ke-14 lalu.

Kata Ahmad Husam, ada yang minta beliau sampaikan permohonan maaf mereka kepada Najib.

Haram ‘bunga’ sampai bila-bila, pesan Annuar kepada Semenyih

Keputusan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke- 33 semalam menjadi jenaka politik dikalangan pemimpin dan penyokong pembangkang hari ini.

Tidak ketinggalan, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa turut sama mencuit netizen dengan meminta rakyat di Semenyih supaya menghayati keputusan penuh AJL 33 semalam.

Menurusi ciapan Twitternya, Annuar menulis keputusan AJL 33 semalam ialah “haram bunga sampai bila-bila.

Difahamkan coretan Ahli Parlimen Ketereh itu merujuk kepada meminta pengundi di Semenyih tidak lagi memberi sokongan kepada parti Bersatu yang mengguna simbol Bunga Raya.

Malam semalam, lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong muncul juara pada AJL 33.

Penyelesaian dengan Rewcastle-Brown tak ubah persepsi umum kepada Pas

Penyelesaian di luar mahkamah antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown tidak akan mengubah persepsi umum terhadap pemimpin-pemimpin parti tersebut.

Peguam SN Nair berkata, tuduhan bahawa pemimpin-pemimpin Pas mengambil wang untuk sokong Umno dan BN akan kekal dalam ingatan masyarakat walaupun saman fitnah itu ditarik balik.

Beliau berpendapat, Hadi sepatutnya meneruskan proses samannya sehingga beliau menerima deklarasi daripada mahkamah.

Sebagai alternatif, katanya, seseorang plaintif akan menuntut permohonan maaf dengan kos atau tanpa kos dan menawarkan untuk menarik balik kes.

Kamera AES: Bukan 11 buah tapi lebih banyak lagi

Bukan 11 buah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan ditambah di Lebuh Raya Utara Selatan tetapi lebih banyak lagi.

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Dr. Siti Zaharah Ishak, 11 buah kamera AES seperti yang dilaporkan sebelum ini merupakan permohonan awal daripada pihak konsesi, Projek Lebuhraya Utara Selatan (Malaysia) Berhad (PLUS) sendiri kepada kerajaan selepas mengenal pasti beberapa kawasan yang kerap berlaku kemalangan hingga menyebabkan kematian akibat memandu melebihi had laju.

Walau bagaimanapun kata beliau, susulan kes kemalangan sehingga menyebabkan sebuah kenderaan SUV terhumban ke laut dan pemandunya maut di Jambatan Pulau Pinang bulan lalu, PLUS mendapati terdapat keperluan menambah kamera AES di kawasan tersebut juga.

Tolak mitos terapi rawatan penyembuh kanser

Rakyat Malaysia diminta untuk memerangi mitos, informasi tidak benar dan salah faham yang menyebabkan mereka sama ada enggan atau melambat-lambatkan menjalankan ujian saringan awal penyakit kanser.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan, mereka juga perlu menolak terhadap kepercayaan atau terapi tertentu yang tiada bukti keberkesanan dengan dikatakan mampu merawat penyebab kedua tertinggi kematian rakyat Malaysia itu.

Ujar beliau, dianggarkan 60 peratus kanserdikesan dalam kalangan rakyat Malaysia pada tahap yang lewat iaitu ketiga dan keempat dan ia disebabkan oleh kurangnya kesedaran menjalani ujian pengesanan awal.