Kes Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 67 juta

Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia kini sudah mencecah lebih 67 juta. - Foto 123RF
Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia kini sudah mencecah lebih 67 juta. - Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia kini sudah mencecah lebih 67 juta, menurut data terbaharu Johns Hopkins University.

Hari ini, terdapat 67,004,543 kes dengan angka kematian sebanyak 1,535,038 manakala jumlah individu yang pulih seramai 43,032,444, lapor agensi berita Sputnik.

Amerika Syarikat, India dan Brazil kekal tiga negara teratas dari segi jumlah kes diikuti Rusia berada di tempat keempat dengan lebih 2.4 juta kes. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Rusia mula memvaksin Sputnik V

Covid-19: Lebih 72 juta kanak-kanak 'miskin pembelajaran'


Artikel Berkaitan: