9 lelaki terlibat kes pecah masuk premis ditahan

Shamsul Amar Ramli
Shamsul Amar Ramli
A
A
A

KLANG - Polis memberkas sembilan lelaki yang dipercayai terlibat dalam jenayah pecah masuk premis dan mencuri.

Kesemua suspek berusia lingkungan 28 hingga 45 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Klang dalam serbuan berasingan bermula jam 4 petang di sekitar daerah ini dan Shah Alam pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lapan suspek ditahan di sekitar Klang manakala seorang lagi ditahan di Seksyen 36, Shah Alam.

“Tangkapan suspek dibuat susulan kejadian yang dilaporkan seorang penyelia berusia 62 tahun yang kerugian RM10,000 selepas stor simpanan barang di Jalan Sungai Jati Kampung Jawa, Klang dipecah masuk,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes terbabit dan kesemua mereka memiliki rekod berkaitan jenayah dan dadah manakala seorang daripadanya ada 20 rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan: