Menteri Besar Kedah ucap takziah kepada Muhammad Syafiq

Muhammad Sanusi (duduk, tiga kanan) turut hadir pada majlis pengebumian ibu mentua dan bayi lelaki Muhammad Syafiq di di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai Kampung Padang Pusing, Pendang malam ini.
Muhammad Sanusi (duduk, tiga kanan) turut hadir pada majlis pengebumian ibu mentua dan bayi lelaki Muhammad Syafiq di di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai Kampung Padang Pusing, Pendang malam ini.
A
A
A

PENDANG - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan takziah kepada pemain kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad yang kehilangan ibu mentua dan anaknya selepas kedua-duanya maut dalam kemalangan, hari ini.

Beliau yang turut hadir pada majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai Kampung Padang Pusing, dekat sini mengharapkan bekas pemain Kedah itu tabah dengan ujian tersebut.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Syafiq dan berharap mereka tabah menghadapi ujian ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengebumian itu.

Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengharapkan pemain dan rakan-rakan terus memberikan semangat kepada Muhammad Syafiq.

Dalam kemalangan pagi tadi, Muhammad Syafiq yang kini pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) cedera ringan selepas kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dipercayai dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap, namunmengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dan ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, serta seorang pembantu rumah warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Sementara itu seorang lagi anaknya, Aaira Nur Saffiya, 2 tahun cedera ringan manakala isterinya, Nur Amalina Norain, 25 dilaporkan cedera parah.

ARTIKEL BERKAITAN Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, bayi maut

TMJ ucap takziah kepada Syafiq Ahmad

Artikel Berkaitan:

Bapa Syafiq sedih tak sempat jumpa cucu

Isteri Muhammad Syafiq kucup bayi buat kali terakhir