'Dah 10 hari, Loqman belum ditemui'

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ke-10 hari ini belum menemukan seorang pemuda yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang dekat Kampung Kuala Kujan, Jalan Triang di sini pada 27 November lalu.

A
A
A

TEMERLOH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ke-10 hari ini belum menemukan seorang pemuda yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang dekat Kampung Kuala Kujan, Jalan Triang di sini pada 27 November lalu.

Operasi mencari Loqman Hamka, 20, dari Kampung Kuala Kujan ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi dan akan disambung esok.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, seramai 65 anggota dan pegawai pelbagai agensi terdiri daripada polis, bomba, pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kuantan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain orang awam terlibat dalam pencarian hari ini.

Operasi mencari Loqman Hamka, 20, dari Kampung Kuala Kujan ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi dan akan disambung esok.
Operasi mencari Loqman Hamka, 20, dari Kampung Kuala Kujan ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi dan akan disambung esok.

"Operasi juga turut mendapat bantuan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera dan Maran.

"Memandangkan kejadian memasuki hari ke-10 dan melebihi seminggu, usaha mencari mangsa lebih tertumpu di kawasan kayu, pokok dan kawasan lubuk air tenang sehingga ke jambatan baru Guai.

"Pencarian juga dilakukan di kawasan rumput dan dahan pokok yang condong ke sungai jika mangsa tersangkut," ujarnya katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Artikel Berkaitan: