X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga lagi kluster baharu Covid-19 dikesan

Dr Noor Hisham - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di negara ini melibatkan kawasan di Negeri Sembilan, Sabah dan Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama iaitu Kluster Ceram melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dengan kes awal positif Covid-19 dilaporkan pada 30 November hasil saringan individu bergejala.

"Hasil saringan di tempat kerja seterusnya mendapati 170 kes lagi dikesan positif Covid-19. Sehingga 6 Disember, sejumlah 450 individu telah disaring, yang 171 kes telah dikesan positif dalam kluster ini," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kluster kedua pula ialah Kluster Pulau Berhala melibatkan daerah Sandakan, Sabah dengan kes awal dikesan pada 20 November hasil saringan komuniti.

Menurutnya, sehingga hari ini, sejumlah 208 individu disaring dan 24 kes positif dikesan dalam kluster tersebut.

Beliau berkata, kluster ketiga pula melibatkan daerah Johor Bahru di Johor dengan kes awal dikesan pada 1 Disember hasil saringan individu bergejala.

Katanya, sehingga hari ini sejumlah 212 individu telah disaring dan 17 kes telah dikesan positif. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!