PM lancar Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030

Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030 di Kota Iskandar, hari ini. - Foto ihsan Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor.
Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030 di Kota Iskandar, hari ini. - Foto ihsan Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030 yang merupakan dokumen rujukan induk bagi tujuan perancangan dan pembangunan negeri itu dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pelancaran tersebut diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini yang turut disertai Mnteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad; Speaker DUN, Suhaizan Kaiat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Dalam pada itu, Hasni berkata, PPMJ 2030 merupakan satu misi penting kerana pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar negeri itu akan dipacu berlandaskan lapan teras utama antaranya pemerkasaan ekonomi, memperkasa pelaburan dan ekonomi digital, penyediaan jaringan sistem pengangkutan mega.

Selain itu, kelestarian alam sekitar, tadbir urus cekap, berintegriti dan dinamik, kesejahteraan sosial, memperkasa sistem pendidikan Islam, pembangunan modal insan dan warisan budaya dan pesona wanita dan aspirasi idealis anak muda.

Katanya, pelan itu untuk memelihara jati diri Bangsa Johor supaya dapat dipertahankan meskipun berdepan cabaran pembangunan pesat di samping dibangunkan secara konstruktif, insklusif dan bersepadu.

"PPMJ 2030 meletakkan fokus dalam usaha memperkasa tadbir urus kerajaan selain memberi penekanan terhadap inisiatif mengekalkan kelestarian alam sekitar, pemerkasaan penyediaan insfrastruktur dan beberapa usaha berkaitan.

"Namun yang lebih penting dalam kandungan pelan itu adalah selari dengan pelbagai inisiatif yang digariskan Kerajaan Persekutuan menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) dengan menampilkan tiga objektif utama iaitu mampan ekonomi, mampan fizikal dan mampan sosial yang keseluruhannya disokong oleh lapan teras utama itu," katanya.

Artikel Berkaitan: