Peminat dah berhabis duit: Mawi

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Asmawi Ani atau lebih dikenali Mawi, berkata, dia tidak akan menjual kereta yang dimenanginya ketika menjadi juara Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) pada 2005.

Menurut Mawi, 37, kereta jenis Suzuki Swift 1.5L Hatch yang dimenangi adalah hasil undian daripada peminatnya.

No Image Caption

"Kereta itu adalah yang pertama saya pakai.

"Jadi saya sangat sayang akan kereta tu walaupun ada orang nak beli dengan harga yang tinggi.

"Tetapi saya tak mahu sebab ia pemberian hadiah daripada peminat yang telah mengundi saya sewaktu AF dahulu.

"Mereka dah berhabis duit nak bagi saya menang," kata Mawi kepada Sinar Harian ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Mawi juga kereta itu jugalah yang menjadi punca cari makannya sehingga dapat memenuhi undangan show di Singapura.

Artikel Berkaitan: