FAM ucap takziah kepada Syafiq Ahmad

No Image Caption
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menghulurkan salam takziah salam kepada pemain bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad, 25 yang kehilangan anak lelaki serta ibu mentuanya setelah kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam nahas di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Dalam nahas berkenaan, anak lelaki Syafiq, Muhammad Aisy Saqeef, yang baru dilahirkan 14 November 2020 lalu serta ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti dipercayai berusia sekitar 30-an meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian berkenaan, isteri Syafiq, Nor Amalina Norain, 25, turut mengalami kecederaan parah dan difahamkan beliau berada di zon merah Hospital Seberang Jaya setelah dipindahkan dari Hospital Sungai Bakap pagi tadi.

Sementara itu pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan gambar kemalangan melibatkan Syafiq Ahmad.



ARTIKEL BERKAITAN: Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, bayi maut

TMJ ucap takziah kepada Syafiq Ahmad


Bapa Syafiq sedih tak sempat jumpa cucu



Artikel Berkaitan: