Calon MB perlu yakinkan Sultan Perak ada majoriti

Mohd Annuar ketika sidang akhbar di hadapan pintu Istana Kinta, di sini hari ini.
Mohd Annuar ketika sidang akhbar di hadapan pintu Istana Kinta, di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hanya akan memberi perkenan pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu setelah diyakini mendapat majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, pertemuan baginda dengan beberapa ketua parti sebelum ini bagi menerima sembah maklum mengenai perkembangan terkini dari parti masing-masing.

"Pagi ini, Sultan Nazrin telah menerima menghadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah mempersembahkan perkembangan terkini dalam konteks UMNO dan rumusan dicapai dalam mesyuarat perhubungan UMNO untuk makluman Tuanku Sultan dan baginda maklum.

ARTIKEL BERKAITAN: Kami sedia bekerjasama dengan UMNO: PH Perak

Pemimpin UMNO, Pas bincang krisis politik Perak

"Peranan baginda Sultan hanyalah (memperkenan pelantikan Menteri Besar Perak) setelah diyakinkan bahawa calon yang akan dipersembahkan itu mempunyai sokongan majoriti mudah untuk mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak yang baharu," katanya kepada pemberita di hadapan Istana Kinta, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Sultan Nazrin berkenan menerima menghadap Ahmad Zahid Hamidi.

Mohd Annuar berkata, sehingga kini belum ada pihak yang memohon untuk menghadap Sultan Nazrin.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, jika ada perkembangan terkini, pihak istana akan memaklumkan kepada media.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di Istana Kinta di sini bagi menghadap Sultan Nazrin.

Ahmad Zahid tiba dengan menaiki kereta jenis Toyota Vellfire pada pukul 9.45 pagi.