Penubuhan kerajaan baharu Perak ambil kira kepentingan rakyat

Saarani - Foto Fail Bernama
Saarani - Foto Fail Bernama
A
A
A

IPOH - Penubuhan kerajaan negeri baharu akan mengambil kira kepentingan rakyat dan situasi negara yang berdepan dengan pandemik Covid-19.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, perkara itu ditetapkan dalam mesyuarat UMNO Perak yang berlangsung semalam.

“Badan Perhubungan UMNO Perak mengadakan mesyuarat malam tadi bagi membincangkan perkembangan senario politik negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid menghadap Sultan Nazrin

UMNO sedia kerjasama PH bentuk kerajaan di Perak

'Jangan terlalu cepat rai penyingkiran saya'

“Mesyuarat mengambil ketetapan bahawa apa jua keputusan parti berhubung penubuhan kerajaan negeri perlu mengambil kira kepentingan rakyat termasuk situasi negara yang sedang berdepan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas khidmatnya sebagai Menteri Besar bersama barisan Exco kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan: