Campak anak tiri: Reman lelaki Nigeria dilanjut

Laporan Sinar Harian mengenai insiden seorang lelaki warga Nigeria yang dipercayai mencampakkan cucu tirinya hingga maut dari tingkat tiga sebuah apartment di Danau Kota, Setapak.
Laporan Sinar Harian mengenai insiden seorang lelaki warga Nigeria yang dipercayai mencampakkan cucu tirinya hingga maut dari tingkat tiga sebuah apartment di Danau Kota, Setapak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Nigeria yang dipercayai mencampakkan cucu tirinya hingga maut dari tingkat tiga sebuah apartment di Danau Kota, Setapak di sini disambung reman tujuh hari lagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek berusia 42 tahun itu direman sehingga 13 Disember depan.

"Suspek kini masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan patah tulang pinggul selain cedera di kaki dan siku.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga 6 Disember.

Dalam kejadian 29 November lalu, Sinar Harian melaporkan suspek ditahan di apartmen terbabit selepas kejadian kira-kira jam 8 pagi itu.

Berdasarkan keterangan ahli keluarga, suspek dipercayai mempunyai masalah mental berikutan pengambilan ubat-ubatan berkaitan mental.

Kejadian itu berlaku apabila suspek cuba merogol seorang daripada anak perempuan tirinya berusia 24 tahun yang juga ibu kepada kanak-kanak yang maut itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Campak cucu tiri: Lelaki warga Nigeria direman tujuh hari

Berang gagal perkosa anak tiri punca suspek campak cucu

Artikel Berkaitan: