Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, bayi maut

Keadaan kenderaan remuk teruk selepas terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dalam kejadian awal pagi tadi.
Keadaan kenderaan remuk teruk selepas terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dalam kejadian awal pagi tadi.
A
A
A

NIBONG TEBAL- Penyerang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25 cedera ringan selepas kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dipercayai dipandunya terlibat dalam kemalangan, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap itu turut mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari selain wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Abd Syukur @ Mohd Ilhami Musa berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.36 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

Menurutnya, terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu.

Anggota bomba sedang menjalankan kerja menyelamat di lokasi kemalangan.
Anggota bomba sedang menjalankan kerja menyelamat di lokasi kemalangan.

"Ketika tiba di lokasi, kita mendapati sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam remuk teruk dipercayai terbabas sendiri lalu melanggar pembahagi jalan.

"Pasukan bomba yang lengkap berpakaian perlindungan peribadi (PPE) telah mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas. Mangsa yang tersepit berjaya dibawa keluar pada jam 6.10 pagi," katanya ketika dihubungi tadi.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap. Ia tamat kira-kira jam 6.12 pagi," katanya.

AKAN MENYUSUL