Banjir di Raub pulih

Semua tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Raub ditutup sepenuhnya petang ini selepas keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah itu pulih. Gambar hiasan 123RF
Semua tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Raub ditutup sepenuhnya petang ini selepas keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah itu pulih. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

KUANTAN - Semua tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Raub ditutup sepenuhnya petang ini selepas keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah itu pulih.

Ekoran penutupan PPS itu, semua 146 mangsa banjir daripada 50 keluarga terlibat dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Tujuh PPS terlibat ialah PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai, Masjid Kampung Kuala Semantan, Dewan Serbaguna Kampung Pia, Masjid Kuala Temau, SK Tersang, Balai UMNO Kampung Batu Talam dan Balai Raya Kampung Chenua.

Berdasarkan laporan infoBanjirJKM, sehingga jam 5.30 petang ini, hanya PPS di Sekolah Kebangsaan Seri Terentang, Pekan masih dibuka dengan jumlah mangsa lima orang daripada satu keluarga.

Ekoran cuaca yang semakin baik, semua paras sungai di negeri ini kembali normal kecuali Sungai Triang di Bentong dan Sungai Jempol di Maran masih pada paras waspada.

Artikel Berkaitan: