Covid-19: Thailand rekod 19 kes baharu

Thailand merekodkan 19 kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk dua kes penularan tempatan. - Foto 123RF
Thailand merekodkan 19 kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk dua kes penularan tempatan. - Foto 123RF
A
A
A

BANGKOK - Thailand merekodkan 19 kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk dua kes penularan tempatan manakala sifar kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4,072 dengan 60 kematian setakat ini.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan, dua kes itu membabitkan seorang wanita Thailand berusia 50 tahun dari Sing Buri yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19 dan lelaki Thailand berusia 30 tahun yang mengunjungi Chiang Rai, satu kawasan berisiko berikutan terdapat kes dalam kalangan rakyat Thailand yang memasuki negara ini secara haram serta melanggar arahan kuarantin.

Pusat itu memberitahu, kes-kes baharu lain termasuk empat individu yang menyelinap masuk ke negara ini dari bandar sempadan Myanmar, Tachileik dan diuji positif virus yang membawa maut itu beberapa hari kemudian.

Menurut CCSA, tiga warga Thailand (dua wanita berumur 25 tahun dan seorang lelaki berumur 32 tahun) serta seorang lelaki Myanmar berumur 43 tahun memasuki negara ini dengan menyeberangi sempadan di Tachileik dan mengelak kuarantin wajib.

“Tiga rakyat Thailand berkenaan bekerja di sebuah premis hiburan di bandar sempadan Tachileik manakala lelaki Myanmar itu datang ke Thailand untuk pemeriksaan perubatan.

"Kesemua mereka diuji positif Covid-19 beberapa hari kemudian,” menurut CCSA.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 15 rakyat Thailand yang bekerja di premis hiburan di Tachileik dan pulang ke Thailand melalui Mae Sai di Chiang Rai diuji positif Covid-19.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan akan kewujudan gelombang baharu Covid-19 di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Sehingga 24 jam lalu, sebanyak 13 kes import dilaporkan iaitu tiga dari Amerika Syarikat, Switzerland (dua), Myanmar (dua) serta masing-masing satu kes dari United Kingdom, Belanda, Malaysia, India, Mexico dan Sweden. - Bernama