[DIKEMASKINI] Ahmad Zahid hadir mesyuarat khas UMNO Perak

Beberapa kenderaan membawa pemimpin UMNO masuk ke pekarangan Bangunan UMNO Perak di Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh malam ini.
Beberapa kenderaan membawa pemimpin UMNO masuk ke pekarangan Bangunan UMNO Perak di Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh malam ini.
A
A
A

IPOH - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Bangunan UMNO Perak di Jalan Sultan Nazrin Shah di sini malam ini bagi mempengerusikan satu mesyuarat khas bersama pimpinan parti negeri.

Kenderaan membawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba sekitar jam 8.10 malam dan mesyuarat dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam ini.

Beberapa pemimpin UMNO negeri juga dilihat hadir antaranya Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Azian Osman yang baharu dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Perak.

Mesyuarat terbabit turut disertai 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Perak dan 24 Ketua UMNO bahagian.

Difahamkan, antara intipati mesyuarat adalah bagi membincangkan pembentukan kerajaan baharu di Perak susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak.

Mesyuarat dijangka turut membincangkan calon Menteri Besar Perak baharu daripada UMNO.

Esok, Ahmad Zahid dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, di sini.

Terdahulu, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang gagal mendapat sokongan majoriti usul undi percaya dalam Persidangan Dewan Negeri Perak, semalam apabila hanya mendapat sokongan 10 undi, 48 undi menolak manakala satu undi rosak.

Artikel Berkaitan:

Usul undi percaya terbabit dibawa oleh ADUN Pengkalan Baharu daripada UMNO, Datuk Abdul Manaf Hashim.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal umum letak jawatan MB Perak

'Akui terasa hati, tapi harap PN Perak tak pecah'

Tumpuan pada Sultan Nazrin tentukan masa depan kerajaan Perak