Jumpa di Seri Satria, seloroh Ahmad Faizal

Ahmad Faizal (kiri) dan isteri, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi selepas umum letak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini. - Foto Bernama
Ahmad Faizal (kiri) dan isteri, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi selepas umum letak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - "Jumpa di Seri Satria," demikian seloroh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengumumkan telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

Seri Satria merupakan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri yang terletak di Putrajaya.

Beliau mengucapkan kata-kata seloroh itu selepas sidang akhbar di kediaman lama Menteri Besar di sini untuk memaklumkan telah menyembah surat peletakan jawatan itu kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah semasa menghadap baginda di Istana Kinta di sini.

Sebelum ini tular poster dengan kata-kata mengucapkan tahniah kepada Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun yang kononnya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Faizal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang gagal mendapat sokongan dalam usul undi kepercayaan majoriti ahli Dewan terhadap Menteri Besar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Beliau hanya mendapat sokongan 10 undi berbanding 48 menentang, manakala satu berkecuali terhadap usul itu yang dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru). - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal umum letak jawatan MB Perak

Jangan balas dendam: Ahmad Faizal

'Ada pihak pujuk ADUN tolak undi percaya MB Perak'

MB Perak berjiwa besar lepaskan jawatan