Pas Perak tunggu keputusan Pusat

Razman (tengah) bersama (dari kiri) Abdul Yunus, Sivasubramaniam, Nolee Ashilin dan Choo Kiong yang hadir ketika Sidang Media Menteri Besar Perak di Laman Seri Ridzuan hari ini.
Razman (tengah) bersama (dari kiri) Abdul Yunus, Sivasubramaniam, Nolee Ashilin dan Choo Kiong yang hadir ketika Sidang Media Menteri Besar Perak di Laman Seri Ridzuan hari ini.
A
A
A

IPOH - Pas Perak akan menunggu arahan dan keputusan Pas Pusat mengenai pembentukan kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sehingga kini Pas kekal dengan keputusan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak yang dibentuk sebelum ini.

Menurutnya, Pas masih mengekalkan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.

"Bagi pihak Pas kita setakat ini tunggu arahan dan keputusan pimpinan tertinggi untuk pembentukan kerajaan. Perkara ini melibatkan politik nasional.

"Sekarang ini Perak tiada kerajaan dan menunggu titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah siapa yang ada majoriti melantik kerajaan dan kita meneruskan kerja seperti biasa," katanya ketika ditemui selepas turut serta di dalam sidang media Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Laman Seri Ridzuan, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak hilang sokongan majoriti

Patut bincang dulu sebelum buat keputusan: Tuan Ibrahim

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri; ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi; ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam.

Artikel Berkaitan:

Ditanya mengenai sama ada wujud gabungan baharu dalam pembentukan kerajaan Perak, Razman enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Katanya, apa yang pasti Pas kekal mempertahankan prinsip bahawa mereka tidak akan bersama Bersatu sahaja tanpa UMNO dan tidak akan bersama UMNO sahaja tanpa Bersatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Perak terima menghadap tiga pemimpin PH