Lelaki rebah, tidak sedarkan diri di bank

Mangsa yang tiba-tiba rebah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa yang tiba-tiba rebah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
A
A
A

KUALA NERUS - Pengunjung sebuah institusi perbankan di Dataran Austin, Gong Badak di sini terkejut apabila seorang lelaki tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa berada di luar bank berkenaan sebelum dia dilihat terkulai dan rebah.

Orang ramai yang menyedari kejadian itu segera menghubungi pihak polis dan kakitangan kesihatan yang tiba di lokasi dan memeriksa keadaan mangsa mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Marzuki Ali, 52, dari Kampung Tok Jiring kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah terlibat dalam kejadian ini.

“Setakat ini kita klasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel Berkaitan: