150 mangsa banjir di Pahang masih berada PPS

Anngota bomba bantu memindahkan mangsa banjir yang terlibat. Foto JBPM Pahang.
Anngota bomba bantu memindahkan mangsa banjir yang terlibat. Foto JBPM Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 150 mangsa banjir daripada 50 keluarga masih berada di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub dan Pekan sehingga jam 10 pagi ini.

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 161 mangsa daripada 53 keluarga yang dilaporkan malam tadi.

Berdasarkan laporan Info Bencana JKM, tujuh PPS masih dibuka di Raub dan satu di daerah Pekan.

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Chenua, Raub ke PPS di balai raya kampung itu malam tadi. Foto JBPM Pahang.
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Chenua, Raub ke PPS di balai raya kampung itu malam tadi. Foto JBPM Pahang.

Bagi daerah Raub, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai mencatat jumlah tertinggi seramai 42 mangsa daripada 11 keluarga diikuti Masjid Kampung Kuala Semantan (38 mangsa, 12 keluarga), PPS Dewan Serbaguna Kampung Pia (26 mangsa, 10 keluarga) dan di Masjid Kuala Temau (16 mangsa, tujuh keluarga).

Turut dibuka PPS di SK Tersang (11 mangsa, tiga keluarga), Balai UMNO Kg Batu Talam (tujuh mangsa, lima keluarga) dan Balairaya Kampung Chenua (lima mangsa, sebuah keluarga).

Bagi daerah Pekan, PPS SK Seri Terentang menempatkan lima mangsa daripada sebuah keluarga yang terjejas.

Semua paras sungai di negeri ini kembali normal kecuali Sungai Triang di Bentong dan Sungai Jempol di Maran masih pada paras waspada.

Artikel Berkaitan: