Kemelut Perak perlu diurus dalam semangat PN

Annuar
Annuar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kemelut politik di Perak adalah isu 'localise' yang tidak dibincangkan secara formal sama ada dalam biro politik, Majlis Tertinggi UMNO atau pimpinan Pusat.

Sebaliknya menurut Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, perkara itu banyak diputuskan oleh wakil rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

"Walaupun begitu apabila ini terjadi kita sedang buat konsultasi. Hari ini Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turun ke Perak untuk bertemu Badan Perhubungan UMNO Perak bagi mendapatkan maklum balas dan status terkini.

"Tak banyak yang saya boleh komen cuma saya harap kita sama-sama tangani dengan baik supaya keadaan tidak menimbulkan ketidakstabilan, perpecahan dan berharap dapat diuruskan secara keluarga kerajaan Perikatan Nasional (PN), dalam semangat PN," katanya mengulas krisis politik dan pentadbiran yang berlaku di Perak.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan majoriti selepas usul undi percaya yang dibuat ke atasnya tidak mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak semalam.

Usul undi percaya yang dibawa oleh Datuk Abd Manaf Hashim (BN-Pengkalan Baharu) itu mendapat 10 undi sokongan, 48 undi menolak manakala satu undi rosak menerusi undi belah bahagi.

Perkara itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid yang menerima usul berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak hilang sokongan majoriti

Saya terima dengan reda: MB Perak

Annuar ketika ditanya kemungkinan situasi tersebut bakal berulang di negeri-negeri lain beliau berkata, itu hanyalah spekulasi yang perlu diuruskan dengan baik oleh pimpinan parti.

Artikel Berkaitan:

"Biasalah politik apabila berlaku sesuatu akan ada pentaksiran, keresahan, spekulasi dan sebagainya.

"Sebab itu pimpinan perlu uruskan perkara ini dengan baik dan saya rasa perkara ini masih perlu diuruskan dalam semangat gabungan Muafakat Nasional dan PN," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Sultan Perak terima menghadap tiga pemimpin PH

Pemimpin PH kunci mulut