X

Kindly register in order to view this article
!

Kemalangan jalan raya punca dua kumpulan bergaduh

Gambar pergaduhan sekumpulan lelaki di Uptown Avenue Seremban 2 yang tular di Facebook.
A
A

SEREMBAN - Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung video pergaduhan sekumpulan lelaki di Uptown Avenue Seremban 2 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan pada jam 9.45 pagi tadi.

"Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban menyatakan telah menerima laporan berkaitan satu video tular membabitkan sekumpulan lelaki sedang memukul seorang individu, pada tarikh dan masa kejadian yang tidak pasti.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di Uptown Avenue Seremban 2 dan video berdurasi satu minit dua saat itu menunjukkan pergaduhan di antara dua kumpulan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian disyaki berlaku pada 4 Disember lebih kurang jam 1 pagi dipercayai berpunca daripada kemalangan jalan raya yang berlaku di kawasan Mambau.

Beliau berkata, daripada maklumat dan hasil risikan diperoleh, mangsa adalah dua lelaki yang mana seorang daripadanya mengalami retak di kepala dan seorang lagi hanya cedera ringan.

"Namun setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima daripada kedua-dua pihak berkenaan.

"Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!