X

Kindly register in order to view this article
!

Amanah akan akur keputusan Sultan Perak: Mohammad Nizar

Mohammad Nizar Jamaluddin
A
A

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menerima apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) Perak juga akan menjunjung kasih terhadap sebarang keputusan yang diperkenan Sultan Nazrin.

Menurutnya, mereka percaya keputusan yang akan dibuat itu demi kesejahteraan rakyat dalam suasana pandemik Covid-19 ini.

"Saya berkeyakinan yang mana dengan kebijakan dan perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dapat menyelesaikan kemelut ini.

"Kita mengharapkan kerajaan baharu yang dibentuk nanti dapat membantu meringankan penderitaan rakyat Perak keseluruhan yang terkesan selain menyelesaikan isu pengangguran, masalah ekonomi, kesihatan dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad Nizar berkata, sehingga kini tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.

Katanya, untuk membentuk kerajaan negeri, satu gabungan diperlukan agar kerajaan yang terbentuk nanti kukuh dan stabil.

Beliau berkata, PH mempuyai 24 ADUN tetapi tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan yang mana memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Nazrin nasihat cari formula terbaik bentuk kerajaan

Sultan Perak terima menghadap tiga pemimpin PH


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!