Empower NCER Akademik bantu 1,200 pelajar B40 di Kedah

Antara pelajar dan guru yang gembira menerima modul pembelajaran empower NCER Akademik 2020.
Antara pelajar dan guru yang gembira menerima modul pembelajaran empower NCER Akademik 2020.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 1,200 pelajar Tingkatan Lima yang terpilih daripada golongan B40 di Kedah menerima manfaat daripada Program empower NCER Akademik 2020 di bawah pembangunan modal insan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Pihak Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam diberi mandat melaksanakan program ini bagi lapan kawasan yang terdiri daripada dua pakej.

Pakej satu merangkumi kawasan Perlis, Langkawi dan Kota Setar, manakala bagi pakej dua merangkumi kawasan Pendang, Sik, Baling, Kuala Muda, Yan dan pakej tersebut merupakan kerjasama bersama NCIA dan Yayasan Petronas.

Program tersebut telah memberikan pendidikan intensif dan bersepadu bagi persediaan pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Pengkhususan diberikan terhadap kesemua subjek teras SPM di samping penekanan terhadap subjek wajib lulus iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan antara modul pembelajaran yang dijalankan adalah empower Neuro-Linguistic Programming, empower Learning, empower English Attack, empower Quick Mathematics, empower Workshops dan empower STEM.

Program empower NCER Akademik ini dilengkapi alatan tambahan iaitu peranti elektronik On The Go (OTG) Pendrive yang membekalkan video interaktif dan info grafik kepada pelajar bagi menambah baik keberkesanan pembelajaran dan pengajaran (P&P).

Pelajar boleh mengakses bahan modul tersebut sama ada di sekolah mahupun di rumah di samping mendapat bimbingan guru secara dalam talian mahupun semuka.

Artikel Berkaitan: