Bersatu akan buat keputusan bersama, kata Ahmad Faizal

Ahmad Faizal (tengah) menyampaikan sumbangan kepada sekolah SUWA di Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.
Ahmad Faizal (tengah) menyampaikan sumbangan kepada sekolah SUWA di Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.
A
A
A

IPOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membuat keputusan secara bersama berhubung pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan Menteri Besar Perak.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu tidak akan membuat keputusan secara sendirian.

Menurutnya, keputusan bersama itu juga dijangka disertai ADUN bebas yang lain.

"Saya fikir apa sahaja keputusan yang akan dibuat, kami akan bersama, kita buat secara konsensus.

"Saya yakin disiplin ahli-ahli parti kami termasuk rakan-rakan daripada Bebas dan bagi pihak Bersatu saya boleh katakan kami akan membuat keputusan dengan memikirkan juga kepentingan bersama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Replika Cek Sumbangan kepada SUWA di Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam

Sementara itu, mengenai kedudukan Exco Perak daripada Bersatu, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang berkata, perkara itu akan dibincangkan kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya susah hati Belanjawan Perak tidak dapat dibentang'

Artikel Berkaitan:

'Akui terasa hati, tapi harap PN Perak tak pecah'

MB Perak hilang sokongan majoriti