Jumlah mangsa banjir di Terengganu turun

Sebahagian daripada 537 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Apal ketika tinjauan semalam. - Foto Bernama
Sebahagian daripada 537 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Apal ketika tinjauan semalam. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa terjejas banjir gelombang ketiga yang berpindah di Terengganu terus menunjukkan penurunan dengan pusat pemindahan sementara (PPS) di Hulu Terengganu ditutup sepenuhnya malam tadi.

Sehingga jam 8 pagi ini, seramai 1,621 mangsa melibatkan 416 keluarga masih ditempatkan 48 PPS yang dibuka di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Dungun dan Kemaman berbanding 1,858 orang petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, daerah Marang masih merekodkan jumlah penduduk paling ramai berpindah iaitu 527 orang di tujuh PPS.

Menurutnya, seramai 359 orang mangsa banjir di Besut ditempatkan di 11 PPS diikuti Setiu (268 orang), Dungun (166 orang), Kuala Nerus (134 orang), Kuala Terengganu (124 orang) dan 43 mangsa di Kemaman berada di dua PPS.

Che Adam A Rahman
Che Adam A Rahman

“Insya-ALLAH, jika cuaca baik tanpa hujan berterusan hari ini kita jangka lebih ramai penduduk akan pulang ke rumah masing-masing dan kemungkinan ada PPS yang akan ditutup.

“Bagaimanapun, bagi mangsa yang tinggal di kawasan rendah dan rumah mereka terlibat dengan banjir termenung mungkin akan mengambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya,” katanya kepada media hari ini.

Sementara itu, aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan hanya satu sungai yang masih merekodkan bacaan melebihi paras amaran iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, paras sungai utama lain mula kembali kepada normal.

ARTIKEL BERKAITAN: 1,858 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS

Ibu bersama bayi 30 hari harung banjir 1 pagi

Hujan lebat, air pasang besar punca bandar Kuala Terengganu banjir