Tubuh pasukan petugas cari rangkaian gudang daging sejuk beku

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama penguat kuasa lain bekerjasama menjalankan pemeriksaan di dalam gudang daging sejuk beku yang dipercayai beroperasi tanpa sijil halal serta menggunakan cop dan pelekat halal palsu.
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama penguat kuasa lain bekerjasama menjalankan pemeriksaan di dalam gudang daging sejuk beku yang dipercayai beroperasi tanpa sijil halal serta menggunakan cop dan pelekat halal palsu.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Kerajaan didesak segera menubuhkan pasukan petugas untuk mencari semua rangkaian daging sejuk beku yang mempunyai kaitan dengan sebuah gudang di Senai, Johor beberapa hari lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, gesaan itu dibuat susulan laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang merampas 1,500 tan daging beku bernilai RM30 juta dari sebuah bilik stor di kilang terbabit.

Sehubungan itu katanya, tindakan segera perlu diambil kerana umat Islam di negara ini sudah ragu-ragu untuk membeli daging di pasaran ketika ini.

Razlan
Razlan

“Orang Islam yang terbaca laporan ini (pembongkaran daging diragui status halal) waswas untuk makan daging ini. Jadi, kita minta pihak berkuasa segera menarik balik daging yang telah diedarkan daripada gudang ini sama ada di pasar raya, pasar borong dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel tukar daging haram jadi halal

KPDNHEP siasat status halal daging

Gudang daging seludup dikawal elak diceroboh gengster

Artikel Berkaitan:

Mufti gesa hukuman berat ke atas pihak palsukan logo halal

“Selaras itu juga, saya minta kerajaan bertindak lebih cepat dan pasukan petugas perlu diwujudkan secepat mungkin untuk melihat rantaian gudang ini ke mana dia pergi," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mohd Razlan berkata, kerajaan juga perlu memandang serius isu berkenaan kerana telah memberi kesan kepada seluruh umat Islam di negara ini.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu lebih tegas dalam pemberian sijil halal kepada syarikat pengimport daging atau ayam sejuk beku supaya kejadian seumpama ini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya.