Rebut pelanggan punca gaduh di hadapan Plaza Low Yat

Rakaman video berhubung kes pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat tular di laman sosial.
Rakaman video berhubung kes pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berebut pelanggan di kedai menjual komputer riba disyaki menjadi punca insiden pergaduhan di depan Plaza Low Yat di sini hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 58 saat menunjukkan beberapa individu bergaduh di lokasi kejadian tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu memaklumkan insiden itu tidak melibatkan perselisihan antara kaum.

"Seramai 42 orang berusia 20 hingga 35 tahun telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Mohamad Zainal berkata, Balai Polis Tun HS Lee telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kes pergaduhan itu pada jam 7 malam.

"Sepasukan anggota dan pegawai unit peronda URB MPV dan Jabatan Siasatan Jenayah bersama Ketua Balai Polis telah ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan," katanya.

Mohamad Zainal memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Artikel Berkaitan: