X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Selangor catat 320 kes baharu

Info grafik dimuat naik di laman Facebook JKNS hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Selangor merekodkan pertambahan 320 kes baharu Covid-19 hari ini dan satu kes melibatkan jangkitan luar negara.

Menerusi info grafik di muat naik di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), negeri ini turut mencatatkan pertambahan 193 kes discaj hari ini.

Daerah Klang merekodkan jumlah kes Covid-19 tertinggi di Selangor dengan mencatatkan 149 kes yang kebanyakannya melibatkan jangkitan bagi Kluster Teratai.

Info grafik berkenaan turut menunjukkan daerah Hulu Langat turut merekodkan 98 kes, Petaling (40 kes), Sepang (12 kes), Kuala Selangor (10 kes), Gombak (8 kes), Kuala Langat (2 kes) dan Hulu Selangor (1 kes).

Dalam pada itu, Selangor Task Force Covid-19 (STFC) menerusi info grafik di muat naik di laman Facebook turut memaklumkan daerah Klang, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Gombak dan Hulu Langat kini diletakkan berada pada zon merah.

Daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor masing-masing berada pada zon kuning.

Kadar kes sembuh mencapai tahap 70 peratus manakala kadar kematian pula berada pada tahap 0.2 peratus.

Semalam, Selangor merekodkan 458 kes baharu Covid-19 di mana 110 kes discaj turut direkodkan di seluruh negeri ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!