X

Kindly register in order to view this article
!

KKM pertimbang pendekkan tempoh kuarantin

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk memendekkan tempoh kuarantin 14 hari bagi pengembara luar yang tiba di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa ini pihaknya sedang meneliti data sedia ada yang terdapat pada polisi.

"Kita masih menggunakan polisi sedia ada dan terdapat sesetengah negara memendekkan tempoh kuarantin 14 hari kepada 10 atau tujuh hari," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, KKM akan melakukan ujian calitan bagi individu yang menunjukkan simptom Covid-19.

"Kita akan kuarantin mereka (bersimptom) dan akan melihat risiko serta menguruskannya," katanya.

Mengulas mengenai kebakaran melibatkan ventilator di High Dependency Unit (HDU) di Hospital Queen Elizabeth II di Kota Kinabalu, Sabah tengah hari ini semasa digunakan seorang pesakit, beliau berkata, pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada pihak kejuruteraan.

"Mungkin bukan (berpunca) daripada ventilator. Kita ada lebih kurang 1,556 mesin itu dan menggunakan lebih kurang 100.

"Kesemua mesin ventilator adalah baharu dan diperoleh ketika gelombang kedua," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham mengesahkan terdapat jangkitan Kluster Hentian di sebuah kilang sistem pengangkutan di Bangi.

"Memang betul ada 90 kes positif dilaporkan membabitkan pekerja di kilang tersebut dengan 87 kes sedia ada dan tiga kes baharu," katanya.

Terdahulu tular di laman sosial amaran daripada warga maya agar mengelakkan kawasan kompleks beli belah di Bangi berikutan 90 kes positif Covid-19 di kilang berkenaan.

Terdapat juga video memaparkan petugas kesihatan yang memakai pakaian pelindungan diri (PPE) sedang berjalan di kawasan tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!