Empat kedai hangus

Empat buah kedai musnah terbakar di Kemayan, Jalan Triang, di sini, awal pagi tadi. - FOTO IHSAN BOMBA
Empat buah kedai musnah terbakar di Kemayan, Jalan Triang, di sini, awal pagi tadi. - FOTO IHSAN BOMBA
A
A
A

BERA - Empat peniaga hilang mata pencarian selepas kedai yang diusahakan musnah terbakar di Kemayan, Jalan Triang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.10 pagi, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang dan Bukit Angin, Temerloh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.

No Image Caption

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harul berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan penyelamat mendapati api marak dan merebak dengan pantas memusnahkan tiga premis berkenaan.

"Kita berjaya mengawal kebakaran pada jam 5.47 pagi bagi mengelak api merebak ke kawasan berhampiran dan berjaya mengurangkan 67 peratus kemusnahan dari terbakar sepenuhnya.

"Keseluruhan enam buah kedai yang terbakar, namun dua buah kedai iaitu, kedai 7E dan kedai emas sempat diselamatkan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian, tiada pelanggan manakala premis juga sudah ditutup dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini..

Pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

Artikel Berkaitan: