X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki didakwa cederakan isteri

Tertuduh mengaku tidak bersalah mencederakan isterinya di Mahkamah Majistret Melaka hari ini.
A
A

MELAKA - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majsitret di sini hari ini kerana mencederakan isterinya, Rabu lalu.

Muhammad Fais Borhan, 30, yang bekerja sebagai pemandu lori bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Siti Nur 'Alia Abd Manab, 32, atas sebab marah kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Taman Bukit Cheng, di sini pada 2 Disember lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga sebulan atau dengan denda boleh sampai RM1,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Muhammad Fais dipercayai mencederakan isterinya selepas tidak berpuas hati dengan wanita itu yang sering mencari maklumat dan bertanyakan mengenai bekas teman wanitanya.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari mencadangkan jaminan sebanyak RM4,000.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dikenakan dengan alasan dia tidak sengaja memukul isterinya, selain perlu menanggung tiga orang anak dan telah menyesal dengan perbuatan tersebut.

Muhammad Nazrin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Muhammad Fais supaya tidak mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 6 Januari depan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!