Barcelona mahu dapatkan Neymar secara percuma

Neymar
Neymar
A
A
A

BARCELONA masih berminat untuk merekrut Neymar daripada Paris Saint Germain (PSG), namun hanya mahu mendapatkan pemain itu secara percuma.

Pemangku Presiden Barcelona, Carles Tusquets berkata, Barcelona tidak mampu untuk membeli Neymar dengan tanda harga yang tinggi ekoran masalah kewangan yang dialami kelab itu.

"Jika dia [Neymar] datang secara percuma, maka perpindahan itu akan berlaku. Apabila tidak ada pemain-pemain kami yang laku dijual, maka tak ada dana untuk membawanya kembali ke sini.

"Pada ketika ini pembelian (Neymar) tersebut tidak terjangkau oleh kami kerana PSG akan meletakkan harga yang tinggi. Kecuali lah jika presiden selepas ini mempunyai keajaiban dan dapat mencari dana yang banyak," katanya.

Neymar pernah menyarung jersi Barcelona pada 2013 sehingga 2017 dan berjaya membantu kelab Catalan itu meraih dua gelaran La Liga, tiga kali Copa del Rey dan Liga Juara-Juara.

Pemain kelahiran Brazil itu juga telah menjaringkan 105 gol daripada 186 penampilan buat Barcelona dalam semua kejohanan.

Pada 2017, Barcelona menjual Neymar ke PSG dengan nilai 222 juta euro (RM 1.27 bilion) dan telah membawa pasukan Perancis itu meraih tiga gelaran Liga Perancis.

Walaupun Neymar ketika ini masih diikat kontrak oleh PSG sehingga 2022, tapi dia dikatakan tidak bahagian di Paris dan mahu kembali ke Barcelona.

Artikel Berkaitan:

"Kedudukan kewangan Barcelona tidak seperti dahulu selepas kelab ini turut terkesan dengan pandemik Covid-19. Namun, jika ada ruang untuk dapatkan kembali Neymar, kami akan lakukan," katanya.