BMW lancar enam fasiliti pengecasan baharu

A
A
A

BMW Group Malaysia mengorak langkah pada tahun baharu ini sebagai peneraju dalam arena e-mobiliti di Malaysia dengan pengenalan enam Fasiliti Pengecasan BMW I di Pusat Beli-Belah Bangsar.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, 2018 merupakan tahun yang memberangsangkan bagi BMW Group di peringkat global dan telah membuktikan apabila satu lagi rekod baharu dicapai untuk tahun yang kelapan secara berturut-turut dengan penyerahan 14,338 unit kenderaan.

“Ia melambangkan peningkatan sebanyak 13 peratus dan angka ini merupakan yang tertinggi dalam segmen pasaran seumpamanya. Pencapaian ini juga memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran utama di rantau ini bagi BMW Group dan kami berbesar hati untuk menggarap kejayaan tersebut,” ujarnya.

Harald Hoelzl juga menjelaskan bahawa portfolio Mobiliti Bervisi yang diusulkan oleh BMW Group Malaysia merangkumi penyerahan yang berjumlah 57 peratus unit kenderaan menerusi lebih daripada 7,500 unit varian kenderaan Hibrid ‘Plug-in’ BMW dan Mini yang berjaya menemukan pemilik baharu di seluruh Malaysia pada 2018.

“Sebagai peneraju dalam pembekalan kenderaan berelektrik yang premium di negara ini, kami sentiasa berusaha untuk memacu daya inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat domestik, kesedaran terhadap teknologi yang baharu dan bersih bagi industri automotif, serta untuk mengubah infrastruktur kenderaan premium di Malaysia.

“Kami mula mengikhtiarkan inisiatif-inisiatif ini bersama Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) seawal tahun 2015 dan kami juga telah membangunkan beberapa projek dalam rangkaian pengedaran kami di seluruh negara,” katanya.

Pengenalan infrastruktur baharu ini merupakan susulan daripada Fasiliti-Fasiliti Pengecasan BMW I yang dibuka di Ramada Plaza oleh Wyndham Melaka, The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, Iconic Hotel di Pulau Pinang serta WEIL Hotel di Ipoh yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan: