X

Kindly register in order to view this article
!

Mourinho kecewa aksi hambar Spurs

Jose Mourinho - Foto thesportrush.com
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menempelak persembahahan pemainnya selepas pasukan itu hanya mampu seri 3-3 ketika menentang pasukan dari Austria, LASK dalam aksi Liga Europa awal pagi tadi.

Menurutnya, para pemainnya tidak bermain bersungguh-sungguh dan membiarkan lawan menjaringkan gol dengan mudah.

Biarpun keputusan tersebut sudah memadai untuk memastikan kemaraan ke pusingan seterusnya, namun Mourinho menegaskan kemenangan amat penting dalam setiap perlawanan yang diharungi The Lilywhites.

"Tidak bagus.Keputusan perlawanan ini lebih baik daripada persembahan kami. Separuh masa kedua lebih baik daripada babak pertama.

"Sesetengah pemain bermain dengan baik tetapi sesetengah lagi tidak bermain baik.Satu-satunya perkara bagus yang saya ambil dalam aksi ini ialah kami dapat mengesahkan kemaraan.

"Kami sudah layak jadi kami tidak akan tertekan untuk beraksi dalam perlawanan terakhir kelak tetapi kami masih perlu menang dan saya percaya kami mampu mencapainya," katanya.

Dalam perlawanan itu, LASK mendominasi perlawanan dan membuka tirai jaringan menerusi Peter Michorl sebelum disamakan oleh penyerang Spurs, Gareth Bale menerusi sepakan penalti di penghujung babak perlawanan.

Son Heung-min kemudiaanya meletakkan Spurs di depan menerusi serangan balas pantas pada minit ke-56 namun kelebihan jaringan itu dipadamkan Johannes Eggestein pada minit ke-84.

Tiga minit kemudian Spurs kembali di depan menerusi Dele Alli yang menyempurnakan penalti namun gagal mempertahankan jaringan tersebut apabila pemain muda LASK, Mamoudou Karamoko menyamakan kedudukan ketika tambahan masa.

Dalam pada itu, Mourinho turut yakin penyerang utamanya Harry Kane akan sempat pulih akibat kecederaan selepas direhatkan daripada perlawanan menentang LASK itu.

"Saya percaya Kane akan kembali cergas menjelang perlawanan menentang Arsenal hujung minggu ini. Mungkin orang akan ingat ia hanya angan-angan saya, tetapi dia sedang dalam proses pemulihan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!