Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan RM2.14 juta

 Sultan Nazrin Shah (kiri) berkenan beramah mesra bersama Pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz (dua dari kiri) setelah baginda menerima zakat perniagaan berjumlah RM2.14 juta daripada PNB kepada pihak MAIPk di Istana Hinggap Perak hari ini.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM2.14 juta daripada Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2019 itu diserahkan Pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz di Istana Hinggap Perak di sini.

Turut mengiringi Zeti pada majlis itu ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Ahmad Zulqarnain Onn; Timbalan Presiden, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Datuk Mohd Nizam Zainordin dan Ketua Jabatan Pengurusan Shariah PNB, Dr Ahmad Basri Ibrahim.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari dan Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. - Bernama

Artikel Berkaitan: