Banjir: Jangan pindah saat akhir

Pasukan JBPM melakukan tinjauan fenomena air pasang besar di sekitar Kampung Seberang Marang, Marang malam tadi.
Pasukan JBPM melakukan tinjauan fenomena air pasang besar di sekitar Kampung Seberang Marang, Marang malam tadi.
A
A
A

MARANG - Orang ramai khususnya mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir diminta berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) lebih awal bagi memudahkan operasi dan tugas pasukan penyelamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Terengganu, Penolong Pesuruhjaya Bomba Md Hilman Abd Rashid berkata, sikap suka berpindah pada saat akhir akan merumitkan keadaan.

Menurutnya, tugas menyelamat dan memindahkan mangsa banjir sekarang mengambil sedikit masa berbanding sebelum ini berikutan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan normal baharu akibat wabak Covid-19.

“Pindah saat akhir sudah tentu sukarkan pasukan penyelamat kerana proses pemindahan sekarang akan mengambil sedikit masa sebab kita kena pastikan ada penjarakkan fizikal, jadi kena banyak kali.

“Kemungkinan bila sampai giliran (pergi menyelamat) dia, air sudah sampai ke paras bahaya dan kita tidak mahu perkara ini berlaku,” katanya ketika ditemui semasa melakukan tinjauan fenomena air pasang besar di Kampung Seberang Marang, di sini malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir bertambah buruk di Terengganu

Tinjauan selama dua jam tersebut dilakukan bersama pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat JBPM Terengganu dan Balai Bomba dan Penyelamat daerah Marang.

Artikel Berkaitan:

Md Hilman Abd Rashid
Md Hilman Abd Rashid

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai dapat mematuhi nasihat dan beri kerjasama kepada pasukan penyelamat sekiranya mereka diminta berpindah bagi mengelak berlaku kecemasan.

Sementara itu, seorang penduduk di Ajil, Hulu Terengganu, Nora Muda, 42, berkata, berpindah ke tempat selamat menjadi pilihan terakhir dia sekeluarga memandangkan keadaan ibunya yang sakit tua.

Menurut Nora, ibunya, Wan Mariam Wan Mamat, 81, yang baru jalani pembedahan kerana masalah usus tidak selesa berada dalam suasana orang ramai.

“Mak tidak boleh duduk dalam keadaan orang ramai, kencing tidak terurus dan makan pun tidak boleh sebarangan. Jadi bukan sengaja tak mahu pindah, tapi dengan keadaan dia begitu bimbang akan menyusahkan orang lain.

“Bagaimanapun kita sentiasa peka dengan keadaan semasa air dan berjaga-jaga,” katanya.