Buruh maut tersepit tiang konkrit

Mangsa maut akibat tersepit di bawah binaan konkrit yang jatuh dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Valdor, Batu Kawan pagi tadi.
Mangsa maut akibat tersepit di bawah binaan konkrit yang jatuh dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Valdor, Batu Kawan pagi tadi.
A
A
A

BATU KAWAN - Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut manakala rakannya cedera selepas tersepit di bawah binaan konkrit dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Valdor, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.29 pagi itu, kedua-dua mangsa dikatakan sedang melakukan kerja sebelum tiang konkrit tiba-tiba terjatuh menghempap mereka.

Akibat kejadian itu, mangsa Md Shriful Islam, 33, disahkan maut di tempat kejadian manakala rakannya yang berasal dari Indonesia, Mustofa Salam, 50, hanya cedera ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, ketika sampai di tempat kejadian Mustofa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap bagi menerima rawatan.

Pasukan bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah binaan konkrit dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Valdor, Batu Kawan pagi tadi.
Pasukan bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah binaan konkrit dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Valdor, Batu Kawan pagi tadi.

"Mangsa kedua ditemui dalam keadaan tersepit dengan tiang konkrit dan pasukan bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk mengeluarkannya.

"Dia yang mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan daripada Hospital Sungai Bakap," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan tamat sepenuhnya jam 11.32 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: