BHPetrol teruskan tradisi rai pelanggan

A
A
A

SEMPENA menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) meneruskan tradisinya untuk meraikan pelanggan dengan menjayakan sambutan perayaan bersama pelanggan yang berlangsung pada 31 Januari lalu di BHPetrol KL-Karak, arah Timur.

Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, limau mandarin percuma telah diedarkan di tujuh stesen BHPetrol bermula 31 Januari sehingga bekalan limau yang diperuntukkan pihak stesen habis.

Stesen-stesen yang turut serta pada acara ini adalah BHPetrol Harmony Sungai Besi Toll Plaza, BHPetrol Kampung Sungai Kayu Ara, BHPetrol Taman Tun Dr Ismail, BHPetrol Jalan Kuching, BHPetrol R&R Seremban Utara, BHPetrol KL-Klang dan BHPetrol R&R Sg Buloh (OBR).

Pengarah Urusan BHPetrol, Tan Kim Thiam, berkata, acara ini adalah salah satu usaha BHPetrol menghargai pelanggan atas sokongan mereka selama ini.

“Menerusi acara ini, kami mengagihkan beg berisi makanan ringan, snek, minuman, limau mandarin dan produk penjagaan diagihkan kepada pelanggan untuk perjalanan balik ke kampung mereka. Bukan itu sahaja, bahagian Runcit BHPetrol turut memberikan paket angpow kepada pelanggan yang bertuah.

“Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada pelanggan kami dan selamat pulang ke kampung. Bagi mereka yang merayakan, nikmati musim perayaan ini bersama keluarga dan rakan-rakan,” tambah beliau.

Manakala Pengurus Besar Bahagian Bekalan, Peruncitan, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad berkata, usaha tersebut juga bertujuan memastikan pemandu kekal cergas ketika memandu pulang ke kampung halaman masing-masing.

Acara ini turut dihadiri dan disokong oleh Seng Group of Companies sebagai salah satu rakan niaga BHPetrol dan pembekal BHPetromart seperti Nestle Products Sdn Bhd, Etika Sdn Bhd, Pharmaniaga Pristine Sdn Bhd, Coca cola Refreshment Malaysia, Chek Hup, Julie’s Marketing, Hwa Tai Industries, Desa Southern Agency, GBA Corporation, FFM Marketing, Barkath Stores (JK), URC Snacks Foods dan Kao (Malaysia).

Artikel Berkaitan:

“Sekali lagi, kami telah memilih stesen ini kerana ia terletak hanya beberapa kilometer selepas Plaza Tol Gombak di sepanjang lebuh raya menuju ke Pantai Timur.

“Stesen ini juga merupakan destinasi popular bagi pemandu berhenti untuk mengisi minyak kenderaan mereka dengan bahan api Infiniti yang berkualiti tinggi atau untuk menyegarkan diri mereka dengan pelbagai jenis makanan dan penawaran lain yang terdapat di BHPetromart kami,” katanya.

Acara ini turut dianjurkan bagi mempromosikan kempen terbaharu yang mana pelanggan berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM300,000 dan hadiah bonus ePoint.

Kempen ini diadakan dari 20 Januari dan berakhir 31 Mac 2019. Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM30 (tidak termasuk tembakau, Touch N Go dan servis ePay) di BHPetromart.