Kamala Harris lantik pembantu kanan Rumah Putih

 Kamala Harris pada Khamis mengumumkan pelantikan seorang lagi pegawai kanan di Rumah Putih.
Kamala Harris pada Khamis mengumumkan pelantikan seorang lagi pegawai kanan di Rumah Putih.
A
A
A

WASHINGTON - Bakal Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris pada Khamis mengumumkan pelantikan seorang lagi pegawai kanan di Rumah Putih, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam satu kenyataan, Harris mengatakan, Tina Flournoy, pembantu bekas Presiden AS Bill Clinton, akan menjadi ketua kakitangannya.

Rohini Kosoglu, penasihat kanan pasukan peralihan Biden-Harris, akan berperanan sebagai penasihat dasar domestik dan Nancy McEldowney, veteran diplomatik, dilantik menjadi penasihat keselamatannya.

Pasukan peralihan mengatakan kakitangan awam ini "mempunyai pengalaman untuk bertugas seawal hari pertama."

Harris akhir bulan lalu mengumumkan Symone Sanders akan menjadi penasihat kanan dan ketua jurucakapnya dan Ashley Etienne berperanan sebagai pengarah komunikasi.

Negeri-negeri AS sedang bersedia untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden dalam persaingan presiden 2020 sementara Presiden Donald Trump, yang enggan mengakui kekalahannya, masih berusaha untuk membatalkan keputusan dengan memfailkan tuntutan mahkamah.

Harris, senator AS dari California bakal menjadi naib presiden wanita pertama negara itu yang berketurunan Afrika Amerika dan Asia Amerika apabila dilantik secara rasmi nanti. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kamala Harris mulakan era baru pemberdayaan wanita

Artikel Berkaitan:

Kamala Harris wanita pertama Naib Presiden AS