Pengarah Komunikasi Rumah Putih letak jawatan

Pengarah Komunikasi Rumah Putih, Alyssa Farah umumkan peletakan jawatannya semalam. - Foto AFP
Pengarah Komunikasi Rumah Putih, Alyssa Farah umumkan peletakan jawatannya semalam. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Pengarah Komunikasi Rumah Putih, Alyssa Farah mengumumkan peletakan jawatan semalam yang seolah-olah menunjukkan pengakuannya bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah kalah dalam Pilihan Raya Presiden pada 3 November lalu.

"Selepas tiga setengah tahun, saya meninggalkan Rumah Putih untuk mencari peluang baharu," kata Farah.

Beliau juga pernah menjadi jurucakap kepada Naib Presiden, Mike Pence dan Jabatan Pertahanan AS atau Pentagon sebelum memegang jawatan sebagai Pengarah Komunikasi Rumah Putih.

"Saya bangga dengan perkara-perkara mustahil yang kami mampu lakukan untuk menjadikan negara ini lebih kuat, selamat dan lebih selamat," tambahnya tanpa menyebut nama Trump yang penggal pemerintahannya tamat pada 20 Januari tahun depan.

Dalam Pilihan Raya Presiden tersebut, bekas Naib Presiden AS, Joe Biden menewaskan Trump.

Bagaimanapun, Trump enggan mengaku kalah dan mendakwa berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Presiden AS yang menyebabkan kekalahannya tetapi sebenarnya dakwaan tersebut adalah tidak berasas.

Sikap Farah tersebut berbeza dengan jurucakap Rumah Putih, Kayleigh McEnany yang menyokong dakwaan Trump bahawa kemenangan Biden dalam Pilihan Raya Presiden AS telah diatur terlebih dahulu selain berlakunya penipuan undi. - AFP

Artikel Berkaitan: