Antara ekonomi dan nyawa, mana pilihan kita?

Bagi penduduk yang tinggal di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 14 Oktober lalu masih tidak nampak penghujungnya.
Bagi penduduk yang tinggal di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 14 Oktober lalu masih tidak nampak penghujungnya.
A
A
A

[DIKEMASKINI] BAGI penduduk yang tinggal di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 14 Oktober lalu masih tidak nampak penghujungnya.

Sudah hampir dua bulan mereka patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. PKPB di Johor, Melaka, Terengganu dan Kedah pula sudah pun ditamatkan pada 21 November lalu.

Kelmarin sahaja, Selangor mencatatkan sebanyak 249 kes, diikuti Kuala Lumpur 85 kes, manakala Putrajaya yang terletak di tengah-tengah Selangor tidak mencatatkan kes baharu.

Selasa lalu, Selangor menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes Covid-19 apabila 891 kes baharu dilaporkan. Sebelum itu pada 24 November, negeri itu mengejutkan seluruh negara apabila 1,623 kes.

Kini, orang ramai tertanya-tanya kenapa PKPB masih gagal untuk menurunkan jumlah kes di tiga negeri tersebut. Ramai yang mahukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang dilaksanakan pada Mac lalu dikuatkuasakan.

Mereka memberi gambaran bahawa PKP amat berkesan dan cepat untuk mengawal jumlah kes baharu. Keadaan akan kembali seperti sediakala dengan segera.

Namun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa PKP hampir pasti tidak akan dilaksanakan lagi disebabkan kerugian setinggi RM2.4 bilion sehari yang dialami Malaysia.

Oleh sebab keadaan sekarang seolah-olah tergantung, ramai pula peniaga mahukan sekatan dimansuhkan terus jika negara tidak mahu kehilangan wang, namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa sekatan akan terus dilaksanakan bagi membendung penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Menurut Pakar Kesihatan Awam, Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman, walaupun PKP adalah kaedah paling berkesan tetapi PKPB sebenarnya boleh mengimbangkan antara hidup dan kehidupan.

Jadi, kita harus bersabar. Patuh arahan yang ditetapkan. Jaga jarak, sentiasa memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan. Jika kita gagal, PKPB tidak mustahil akan terus dilanjutkan.