Rajinikanth bakal lancar parti politik sendiri

Rajinikanth
Rajinikanth
A
A
A

NEW DELHI - Bintang filem sensasi Rajinikanth akan melancarkan sebuah parti politiknya sendiri dijadual pada Januari nanti, sekali gus menjawab desas-desus mengenai penglibatannya dalam arena politik India, memetik media tempatan.

Pengumuman pada Khamis itu dibuat beberapa bulan menjelang pilihan raya di Tamil Nadu, negeri di mana pelakon berusia 69 tahun itu sangat diminati.

Rajinikanth menjanjikan politik yang bersih dan partinya akan memenangi pilihan raya itu.

"Parti kami dengan sokongan padu rakyat, akan mendapatkan kuasa dan menyediakan pemerintahan yang telus dan bebas daripada rasuah tanpa mengira kasta, kepercayaan dan agama," katanya.

"Kita akan ubah semuanya. Keajaiban akan berlaku," tambahnya.

Politik di Tamil Nadu kini dikuasai All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK) dan Dravida Munnetra Kazhagam (DMK).

-Bernama

Artikel Berkaitan: