'Dua kali cuba lari, dicekup juga'

Rakaman kejadian suspek cuba melarikan diri dari kawasan premis menjual kereta terpakai tular di media sosial.
Rakaman kejadian suspek cuba melarikan diri dari kawasan premis menjual kereta terpakai tular di media sosial.
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas berhampiran sebuah premis cuci kereta Jalan Kolam Air Lama Ampang Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, seorang lelaki berusia 39 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri pada jam 10.15 pagi di dalam keretanya.

"Sepasukan anggota polis kereta peronda yang tiba di lokasi kejadian berjaya mengejutkan suspek dengan mengetuk pintu kereta yang berkunci dan enjin kenderaannya masih hidup," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohamad Farouk berkata, suspek enggan membuka pintu serta tidak memberi kerjasama bertindak memecut laju untuk melarikan diri.

"Kita telah mengejarnya sehingga jalan besar berhampiran sebuah pusat membeli belah, kenderaan itu telah melanggar sebuah kereta," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengekori kereta suspek sehingga ke kawasan premis menjual kereta terpakai di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

"Anggota polis telah bertindak memecahkan cermin kereta itu untuk membuat tangkapan sehingga mengakibatkan kecederaan pada jarinya.

Beliau berkata, suspek sekali lagi melarikan diri dengan merempuh pagar di premis berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Suspek akhirnya berjaya diberkas oleh sepasukan anggota polis pada jam 11.55 pagi di sebuah bengkel di Kampung Melayu Tambahan Ampang, di sini," katanya.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai 13 rekod lampau iaitu rekod jenayah dan empat rekod narkotik.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.