X

Kindly register in order to view this article
!

RM216 juta nilai projek diluluskan

Amirudin
A
A

SHAH ALAM - Hampir RM216 juta nilai pembangunan permohonan projek telah diluluskan sejak kerajaan negeri Selangor menguatkuasakan Dasar Kelulusan 100 Hari bagi proses kebenaran merancang dan urusan pembangunan tanah di negeri ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Januari lepas, kerajaan negeri menguatkuasakan Dasar Kelulusan 100 Hari bagi proses kebenaran merancang dan urusan pembangunan tanah.

Menurutnya, sebelum itu tempoh 270 hari yang digunapakai menyebabkan pelabur terpaksa menunggu selama enam hingga sembilan bulan untuk mendapatkan kelulusan.

"Sejak dasar ini diperkenalkan, permohonan projek telah diluluskan dengan nilai pembangunan mencecah RM216 juta sekali gus menunjukkan satu perkembangan dan petanda yang sangat baik.

"Dasar ini bakal diteruskan dan ditambah baik untuk merancakkan pembangunan serta pemulihan sektor ekonomi pasca-Covid-19," katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Beliau juga yakin pelabur gembira dengan dasar mesra pelaburan yang diamalkan kerajaan negeri Selangor yang memberi kesan pembangunan sosio ekonomi positif kepada rakyat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!