Bomba Terengganu sokong denda individu ingkar SOP semasa banjir

Md Hilman (dua dari kanan) bertanya khabar dan menasihati penduduk sewaktu membuat tinjauan di Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu hari ini.
Md Hilman (dua dari kanan) bertanya khabar dan menasihati penduduk sewaktu membuat tinjauan di Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA NERUS- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menyokong langkah dibuat polis Kelantan yang mengenakan denda terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika banjir.

Pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya Bomba Md Hilman Abd Rashid berkata, banjir bukanlah pesta untuk diraikan sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi bermain air di kawasan yang berisiko.

Justeru, beliau mengharapkan semua pihak dapat memainkan peranan dengan mematuhi SOP, termasuk mengamalkan penjarakkan fizikal dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

"Langkah itu satu usaha yang baik kerana selain membendung Covid-19, ia juga bagi membendung kemalangan jiwa semasa musim banjir.

"Saya rasa amat signifikan sebab kita tak nak ada kehilangan nyawa. Lebih baik kita bayar saman daripada kita hilang nyawa, sebab itu ia langkah baik kerajaan untuk kenakan denda," katanya selepas membuat pemantauan banjir di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Md Hilman menasihatkan orang ramai sewaktu membuat tinjauan di Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu hari ini.
Md Hilman menasihatkan orang ramai sewaktu membuat tinjauan di Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis Kelantan mengingatkan orang ramai yang didapati bersuka ria bermain air secara berkumpulan di tempat yang dilanda banjir, boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, surat pemakluman mengenai tindakan kompaun itu sudah dihantar kepada Ketua Jajahan Pasir Mas, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk pelaksanaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, setiap tahun Pekan Rantau Panjang diibaratkan seperti 'taman tema air' setiap kali banjir bagi penduduk di Kelantan, malah gerai jualan turut dibuka di sekitar kawasan berkenaan.