Tiga cadangan tambah baik i-Sinar

Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO Malaysia menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan secara korektif di samping membuat penambahbaikan mengenai syarat yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam.

Menurut ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pihaknya komited dengan janji mereka sebagai pemantau kepada pelaksanaan i-Sinar tersebut dan akan terus membawakan segala suara hati dan aduan rakyat.

Katanya, terdapat tiga cadangan penambahbaikan i-Sinar KWSP yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan sekarang ini.

“Antaranya ialah memansuhkan segala syarat yang menyusahkan pencarum yang ingin mengeluarkan wang simpanan mereka. Kedua, mengurangkan kerenah birokrasi dengan menyingkatkan tempoh untuk pemohon menerima bayaran pertama daripada tiga bulan kepada maksimum satu bulan.

“Ketiga, memberikan pilihan kepada ahli KWSP untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 sekali gus (one-off) setelah permohonan diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya telah menerima puluhan ribu maklum balas di pelbagai wahana termasuklah di media sosial, WhatsApp dan juga telefon susulan daripada pengumuman perincian berkenaan inisiatif i-Sinar.

ARTIKEL BERKAITAN: KWSP umum dua kategori ahli layak mohon i-Sinar

'Duit KWSP, duit rakyat'- Najib

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kesemua maklum balas yang diterima menzahirkan kemarahan dan kekecewaan terhadap keputusan tersebut.

“Ia dilihat lebih menyulitkan berbanding harapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan sewaktu sesi penggulungan peringkat dasar Rang Undang-Undang (RUU) Bajet 2021 tempoh hari.

“Majoriti rakyat yang bersuara beranggapan bahawa KWSP tidak ikhlas dan dilihat gagal menterjemahkan suara hati dan janji kerajaan untuk meringankan beban mereka yang ketika ini berhadapan dengan kesusahan dan kepayahan hidup yang nyata di era pandemik,” katanya.

PERMUDAHKAN USAH DIPERSULITKAN: 3 CADANGAN PENAMBAH-BAIKAN i-SINAR KWSP 1. Sejak pengumuman perincian berkenaan...

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Thursday, December 3, 2020