Hujan lebat, air pasang besar punca bandar Kuala Terengganu banjir

Keadaan premis perniagaan di pusat bandar Kuala Terengganu yang dinaiki air. Gambar kanan: Kelihatan kenderaan turut terkandas akibat jalan utama di pusat bandar Kuala Terengganu dinaiki air.
Keadaan premis perniagaan di pusat bandar Kuala Terengganu yang dinaiki air. Gambar kanan: Kelihatan kenderaan turut terkandas akibat jalan utama di pusat bandar Kuala Terengganu dinaiki air.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Taburan hujan luar biasa lebat di samping fenomena air pasang besar menyebabkan sebahagian besar kawasan di pusat bandar Kuala Terengganu dinaiki air.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Shahidan Embok berkata, beliau menolak dakwaan kejadian banjir di pusat bandar semalam akibat aktiviti pembangunan.

"Dakwaan itu tidak benar kerana punca banjir di kawasan itu disebabkan taburan hujan yang tinggi dan air pasang besar.

“Banjir berlaku bukan disebabkan kelemahan sistem saliran atau faktor pembangunan sebagaimana dakwaan sesetengah pihak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, hujan lebat dalam tempoh enam hingga lapan jam menyebabkan Terengganu dilanda banjir gelombang ketiga dengan sebahagian besar kawasan di daerah ini termasuk di pusat bandar dinaiki air.

Antara kawasan yang terjejas di pusat bandar ialah premis perniagaan di Pasar Besar Kedai Payang dan Jalan Syed Hussein di hadapan Hentian Bas MBKT serta kediaman penduduk di Jalan Kamarudin dan Jalan Tekukur.

Hujan lebat bermula jam 5 petang semalam turut menyebabkan 15 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka kembali di daerah ini, Kuala Nerus, Marang, Dungun dan Kemaman.

Artikel Berkaitan: